Sunday, March 31, 2013

PUAK DAP MULA BERPECAH BELAH SESAMA SENDIRI


Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berperang besar dengan Penyelarasnya, R.K Muthu apabila mereka saling tuduh menuduh dalam sidang media yang diadakan berasingan hari ini.
Bertempat di Pusat Perkhidmatan DUN Kepayang berlangsungnya sidang media kedua-dua mereka secara berasingan dengan ditemani penyokong masing-masing dalam suasana tegang. Kula membuat sidang media di dalam pejabat manakala R.K Muthu di perkarangan pejabat yang sama.
Semalam, kedua-dua mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ugutan bunuh.
Kula dalam sidang medianya berkata, beliau tidak mahu lagi menerima
R.K Muthu dalam kepimpinan DAP kerana mendakwa tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
Beliau mendakwa, para penyokongnya juga sebulat suara tidak mahu meneruskan lagi perkhidmatan R.K Muthu sebagai penyelarasnya.
Sehubungan itu, Kula enggan mengulas lanjut kerana menganggap R.K Muthu sebagai 'orang luar' dan mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal menjelang.
Sementara itu, R.K Muthu dalam ucapannya kepada para penyokongnya berkata, beliau tidak akan memaafkan segala perbuatan dan penghinaan yang dilakukan oleh Kula terhadapnya kerana menyebabkan nama dan kredibilitinya selama 40 tahun di dalam DAP terjejas.
Katanya, beliau juga memberitahu rakyat siapa sebenarnya Kula dan kekejaman yang telah dilakukanya, di samping membuka sendiri Pusat Aduan dalam tempoh terdekat.
"Dalam tempoh 30 bulan saya berkhidmat sebagai Penyelaras YB Kula, adakah wajar saya diperlakukan sebegini? ujarnya yang amat kesal dengan perbuatan Kula yang menurutnya tidak berterima kasih di atas segala pengorbanan yang dilakukannya dalam membangunkan Pusat Khidmat Kepayang sejak tahun 2008.

credit to peraknews

No comments:

Post a Comment