Sunday, March 31, 2013

NAJIB SAHUT CABARAN ANWAR - PRU13 MILIK ANAK MUDA.



Sehari selepas melancarkan manifesto secara besar-besaran di ibu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan "pilihan raya orang muda" yang akan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

"Pilihan raya kali ini juga pilihan raya orang muda dan merekalah penentu kemenengan kita BN," kata beliau pada program Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di sini hari ini.

Sehubungan itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkata, perhimpunan anak muda ini memberi mesej yang jelas kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor bahawa pihaknya akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada PRU13.


Mengulas lanjut, Najib juga berkata, misi BN pada masa sekarang adalah  'misi mesti menang' PRU13 dan menumbangkan PR yang tidak mampu mentadbir Selangor yang menjadi rebutan parti-parti yang bertanding.

"Kita dapat laksanakan satu amanah yang sangat penting, kita kumpulkan suara orang muda di Selangor kerana semangat mereka berkobar, ada keberanian, tak akan bergerak walau seinci selagi tidak berjaya.

"Kita bagi isyarat jelas kepada Shah Alam dan SUK yang BN akan mengambil alih Selangor selepas PRU13," kata beliau yang juga Presiden Umno ini.

Najib juga berkata, berjanji BN akan memberi perkhidmatan terbaik kepada Selangor dan telah ditunjukkan melalui pelaburan kerajaan terhadap negeri tersebut.

Tambah Najib, sudah sampai masanya rakyat berubah kembali semula kepada BN untuk menjamin masa depan generasi akan datang.

"Sudah sampainya, kita bertukar kerajaan kembali, kita sokong BN, kerajaan PR janji bohong.

"Saya berjanji akan bagi perubahan yang besar kepada rakyat di Selangor sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kami BN," katanya lagi.

Persatuan Kelab Putra 1 Malaysia juga turut mengedarkan 22,000 topi keledar berwarna biru bagi mewujudkan  gelombang biru membabitkan golongan muda di Selangor.

No comments:

Post a Comment