Tuesday, April 30, 2013

PAS JILAT LUDAH DAP !!!

                                                    


Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman. 

BACA SETERUSNYA KLIK DISINI

AWNAR UGUT TEMBAK NALLA ???

                                            


Satu lagi laporan polis telah dibuat oleh Nallakaruppan apabila dia menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali pada 28 April 2013 jam 11:57 malam. Dalam SMS tersebut, Nallakaruppan telah diugut akan dibunuh sekiranya terus memburuk-burukkan nama dan peribadi Anwar Ibrahim.


Berikut adalah SMS yang telah dihantar kepada Nallakaruppan menggunakan nombor 012-3586173:

'Nalla Keling Keparat, anjing UMNO... 


Monday, April 29, 2013

Anak Tanggang Di Sumpah Ibu Kerana Menjadi Calon PKR


                                            ibu kecewa
PEKAN- Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

seterusnya klik disini

PAS TAK PUAS HATI DENGAN CARA DAP JOHOR !!!

                                         

Menangis pulak ler puak-puak PAS apabila Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata PAS tidak layak mendapat undi daripada masyarakat bukan Islam. Malah Norman secara terbuka, menuduh PAS merupakan rakan yang tidak amanah dan pada bila-bila masa sahaja boleh menikam belakang DAP.Seterusnya klik disini

Pembangkang Putar Belit Petikan Tokoh Sebagai Bahan Kempen

                                      IMG 4460


Pembangkang terus bermain taktik kotor untuk meraih undi dengan memputarbelitkan petikan tokoh-tokoh tertentu termasuk Tun Musa Hitam untuk dijadikan bahan kempen meraih undi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika membidas taktik yang digunakan pembangkang itu menyifatkan ianya perbuatan tidak bertanggungjawab.
BACA SETERUSNYA - KLIK DISINI

Sunday, April 28, 2013

Dr Zambry dedah taktik kotor pembangkang berkempen: edar risalah palsu

                         aa1


Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.
BACA SETERUSNYA KLIK DISINI

680 Penyokong Tegar PAS Parlimen Larut Masuk UMNO

                          s4


Di saat-saat hari pengundian PRU-13 semakin hampir Pas di kawasan Parlimen Larut menerima tamparan hebatapabila seramai 680 penyokong tegar parti itu bertindak keluar parti menyertai UMNO.

Mereka yang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Mohd Shuhor telah menyerahkan boring ahli UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO di Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama petang tadi.

SETERUSNYA - BACA DISINI

Hamidah Mahu Jadikan Sungai Rapat Bandar Satelit




                               photo2h

Datuk Hamidah Osman mahu menjadikan kawasan yang ditandinginya, DUN Sungai Rapat menjadi bandar satelit dengan pembangunan ekonomi yang cukup rancak.
 
Setelah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak 2004, beliau turut memainkan peranan penting untuk memajukan kawasan Medan Gopeng, Station 18 dan kini dalam perancangan Batu Gajah.

SETERUSNYA - BACA DISINI

Saturday, April 27, 2013

HEK ELEH!!! DENGAN BANNER PUN TAKUT!!!

                                       



Memang lawak betul la tengok puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Ingatkan diorang ni takut dengan 'Hantu' je. Tapi rupanya dengan banner pun diorang takut?

Sebelum ni SH dedahkan gambar satu gambar banner yang diletak bersebelahan dengan banner Pakatan Haramjadah tu. Diorang disindir secara sinis.

seterusnya -baca disini

HADI AWANG KENA MAKI DENGAN AKAR UMBI PAS KERANA PERLEKEH HUKUM ALLAH !!!

                                            

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil.""Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.Jelas beliau, kenyataan oleh Hadi tidak boleh diterima ekoran PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan perbuatan zina ditegah oleh Islam.


Perlembagaan Dap Yang Tidak Diamalkan oleh Pemimpin Dap

Matlamat Parti Matlamat DAP seperti mana yang digariskan di dalam Perlembagaannya adalah: Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak demokratik sosialis di Malaysia; (sosialis nama lain bagi kominis) Memajukan dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia; (adakah malaysia tidak cukup maju dan tidak cukup kuat untuk pertahankan kemerdekaan) Memelihara negara Malaysia yang...

seterusnya - baca disini

Friday, April 26, 2013

MAKCIK BADARIAH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAS ???

                                                    

Seperti yang kami janjikan petang tadi, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang. Di bawah adalah salinan laporan polis untuk membuktikan kisah ini

seterusnya baca disini

PANAS... TIMBALAN PENGARAH KASTAM DI BUNUH !!!

                                             
Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang motorsikal pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.3o pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

seterusnya - baca disini

AISHAH TERKEJUT BERUK SEMASA MAHU MULAKAN CERAMAH !!!

                                         


Calon Pas di Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin malam tadi mengakui bahawa beliau dan jentera parti itu ditolak oleh penduduk di Felda Bukit Rokan dekat sini.

Katanya, kejadian itu berlaku pagi semalam ketika jentera pilihan raya Pas cuba memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen itu dalam kempen dari rumah ke rumah di situ.

Anwar Kelirukan Rakyat Dengan Dakyah Pengundi Warga Asing


By :Norazniza Abdul Karim PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa 28,593 warga asing telah didaftarkan sebagai pengundi."Dia berbohong. Dia benar-benar berbohong. "Bagaimana dia tahu bahawa mereka adalah warga asing?" Timbalan Pengerusi SPR..

                                      
SETERUSNYA - BACA DISINI

Kerajaan akan terus majukan pengangkutan awam - PM


                                    

KUANTAN 25 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kriteria utama Malaysia diiktiraf sebagai negara maju ialah apabila rakyat memilih menggunakan pengangkutan awam yang efisien walaupun mereka mampu memiliki kenderaan sendiri.Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan...

SETERUSNYA - BACA DISINI

Wednesday, April 24, 2013

PAS AKAN TERUS GUNAKAN AGAMA ISLAM KERANA ITU SAHAJA SENJATA PALING SENANG MENIPU UMAT ISLAM !!!

                                      


Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.

Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.

selebihnya - baca disini

FITNAH MUSTAFA ALI TEMPAH MAUT SENDIRI !!!

                                       

UMNO telah memfailkan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang.


Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti Pegawai Awam bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan juga plaintif, melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Selain Mustafa, Abdul Rauf selaku pihak plaintif, turut menamakan peguam, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong sebagai pihak defendan.
Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

sumber - budak sri kinta

LIM KIT SIANG CUBA BUNUH ANWAR DI PERMATANG PAUH !!!


Di dalam beberapa siri ceramah Kit Siang di Gelang Patah, beliau telah melontarkan soalan kepada penyokong-penyokong Pakatan tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk PM jika mereka menang.

Empat nama telah disebut iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Hadi Awang. Apakah Kit Siang sengaja tidak menyebut nama Anwar atau terlupa?

seterusnya - baca disini

Ceramah BN Di Letupkan?!


Pada 23/4/13 jam 10 mlm bertempat di bilik gerakan BN nibong tebal. semasa ucapan Dato teng hock nam dihadapan hadirin seramai lbeh krg 3k satu letupan kuat telah belaku di......

seterusnya - baca disini

Tuesday, April 23, 2013

Manifesto BN Perak: Wanita Terus Mendapat Tempat Sebagai Ejen Memperkasa Rakyat

Golongan wanita terus menjadi anggota penting dalam agenda pembangunan masyarakat, terutama menerusi platform badan bukan kerajaan (NGO), apabila Barisan Nasional (BN) Perak turut menggariskan teras Meningkatkan Peranan Wanita demi Memperkasakan Rakyat, dalam manifesto yang dilancarkan Isnin.

tianlian1Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata BN Perak terus menterjemahkan sifat prihatin terhadap kehendak golongan wanita apabila berikrar akan terus menyalurkan peruntukan kepada NGO wanita serta ibu tunggal.

"BN sebenarnya tidak pernah lupa kepada peranan wanita. Kita melihat wanita sangat aktif bergerak menerusi platform NGO, malah menjadi pemimpin di peringkat akar umbi," katanya.

Tan yang juga Naib Presiden Gerakan, berkata Aku Janji BN Perak untuk menyalurkan peruntukan tahunan kepada NGO wanita dan ibu tunggal, menunjukkan parti berkenaan sentiasa menyokong kegiatan badan-badan itu yang akan memberi sumbangan serta bantuan kebajikan, terutama bagi program pengupayaan masyarakat.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula berkata, Aku Janji BN Perak untuk mewujudkan Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya bagi meningkatkan peranan wanita terutama ibu tunggal boleh dilaksanakan dengan jayanya.

baca seterusnya  klik di sini

Manifesto BN Perak – Kesejahteraan Rakyat



Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-

1.    Simpanan Amanjaya RM200 bagi setiap anak dilahirkan di negeri ini.
2.    Had pendapatan isi rumah bagi kelayakan memohon dermasiswa dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.
3.    Pemberian air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin.
4.    Membuka lebih banyak ladang rakyat.
5.    Menaikkan taraf perkhidmatan Bas Rakyat bagi setiap daerah.
6.    Membuka lebih banyak tanah-tanah pertanian.
7.    Peruntukan tambahan kerajaan negeri RM3 juta bagi membiayai aktiviti masyarakat Orang Asli.
8.    Mewujudkan pusat jagaan warga emas Amanjaya bersepadu
* ala pengajian pondok bagi yang beragama Islam
* penjagaan biasa bagi yang bukan beragama Islam
9.    Mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak ala PERMATA di setiap jabatan dan agensi kerajaan.
10. Mewujudkan rumah anak yatim di setiap daerah.
11. Peruntukan perkapita sebanyak RM350 bagi setiap anak yatim dan warga tua yang berada di Rumah Anak Yatim dan Pusat Jagaan Warga Tua yang berdaftar.
baca seterusnya klik di sini

Manifesto BN Perak – Perumahan Rakyat




Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-

1.    15,000 lot tapak rumah untuk awam beserta pusat perniagaan komuniti.
2.    7,000 tapak rumah untuk bekas perajurit / polis.
3.    Ke arah setinggan sifar, sebanyak 20,000 unit perumahan rakyat akan dibina.
4.    Membina 15,000 rumah mampu milik melalui SPNB dan PR1MA.
5.    Membina 500 rumah baru dan 1,000 baik pulih di bawah program Infra Bina Upaya (IBU) kepada golongan kurang berkemampuan.
6.    Melaksanakan Program Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) kepada yang layak.
7.    Membina semula dan menaiktaraf rumah-rumah pangsa yang uzur di kawasan bandar-bandar utama.
baca seterusnya  klik di sini

Manifesto BN Perak – Memacu Ekonomi Untuk Rakyat




Akujanji untuk peluang berkualiti:-

1.    Bandar Industri otomobil Tanjung Malim.
2.    Kawasan bebas cukai Pangkor.
3.    Zon ekonomi khas yang meliputi Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan – Bagan Datok, Lekir – Pasir Panjang.
4.    Meningkatkan usaha bagi menarik pelaburan luar dan dalam negara menceburi bidang-bidang industry baru di Negeri Perak.
5.    Membangunkan hub-hub perniagaan dan industry teknologi tinggi di kawasan segi tiga pertumbuhan tengah Perak antara Lebuhraya Utara Selatan – Lebuhraya Pantai Barat – Lebuhraya Ipoh Lumut.
6.    Membangunkan industry IKS hiliran dan huluan dengan kerjasama syarikat pelaburan nilai tinggi di Negeri Perak di bawah konsep Pembangunan IKS Korporat (CSMED)
7.    Mengembalikan kegemilangan perlombongan dan mineral Negeri Perak yang bersepadu dan sistematik.
8.    Meningkatkan peruntukan bagi pembiayaan mikro kredit.
baca seterusnya klik di sini

Manifesto BN Perak – Keselamatan Dan Ketenteraman Rakyat




Manifesto BN Perak – Keselamatan Dan Ketenteraman Rakyat

Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-

1.    Penambahan anggota polis di seluruh Negeri Perak.
2.    Pembinaan pondok bit polis di kawasan-kawasan strategic.
3.    Pemasangan CCTV di kawasan-kawasan berisiko tinggi dan kawasan tumpuan orang ramai.
4.    Pemasangan lebih banyak lampu-lampu jalan.
5.    Membina lebih banyak kawasan selamat pejalan kaki di bandar dan pekan bagi mengatasi jenayah ragut.
6.    Sebuah balai polis bergerak untuk setiap daerah.
7.    Peruntukan tahunan untuk RELA dan Rukun Tetangga untuk tujuan rondaan dan keselamatan.
8.    Meningkatkan program pencegahan jenayah.
9.    Mewujudkan Pusat Panggilan & Tindakan Setempat untuk menangani isu-isu keselamatan.
 baca seterusnya  klik di sini

Manifesto BN Perak – Pembangunan Seimbang Untuk Rakyat




Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-

1.    Membangun semula pekan-pekan kecil sebagai pusat ekonomi setempat.
2.    Pemuliharaan dan pewartaan kawasan-kawasan hutan.
3.    Menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan tenaga diperbaharui.
4.    Menawarkan insentif kepada industry dan perniagaan yang menjalankan program pemuliharaan alam sekitar.
5.    Sistem pengurusan pelupusan sisa secara sistematik, bersepadu dan mesra alam.
6.    Mengubah semula lanskap perbandaran.
7.    Melaksanakan program penanaman 1 juta pokok.
8.    Penghijauan bandar-bandar daerah.

baca seterusnya  klik di sini

Manifesto BN Perak – Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintergriti




Akujanji untuk peluang berkualiti:-

1.    Menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam - Universiti Sultan Azlan Shah.
2.    Lebih banyak pusat pengajian tinggi.
3.    Mewujudkan Bandar Ilmu Amanjaya (Knowledge City) di antara Batu Gajah dan Seri Iskandar.
4.    Menaikkan had pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi kelayakan memohon pinjaman pelajaran anak Perak.
5.    Memperkasakan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan tinggi.
6.    Peruntukan tahunan bagi Sekolah Agama Rakyat dan pengurusan Ma’ahad Tahfiz.
7.    Peruntukan tahunan SMJK Cina, Tamil dan Mubaligh.
8.    Meneruskan pemberian Dermasiswa Pendidikan untuk pelajar memasuki IPT.
9.    Meneruskan caruman kepada Kumpulan Wang Biasiswa.
10. Tabung Pendidikan Anak-Anak Kaum India.
11. Program Kecemerlangan Murid Orang Asli.
12. Program Kecemerlangan Murid (Tuisyen Online & Pemetaan Minda)
13. Mewujudkan akademi sukan dan bolasepak Negeri Perak.
 baca seterusnya   klik di sini

sama ke tak sama ye............


LOL!

Ahli politik dan kembar mereka yang berkecimpung di dalam dunia seni. Paling LOL kami rasakan Ambiga dan Sultan Sulu . Kah kah kah. 









Manifesto BN Perak – Kecekapan Penyampaian Demi Keselesaan Rakyat




Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-

1.    Meningkatkan kecekapan Majlis Perbandaran & Majlis Daeraj terutama dalam:-
·         Pengurusan sampah
·         Pembersihan longkang
·         Pemotongan rumput
·         Penurapan jalan rosak
·         Penyelenggaraan lampu jalan

baca seterusnya  klik di sini