Monday, April 8, 2013

PAS akur kehendak Syaitan!



PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (DAP dan PKR mesti sayang dengan tunggangan mereka, kalau marah-marah nanti nak tunggang siapa?)
"UMNO menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (PAS) mahu. (PAS hanya mahukan Negara Berkebajikan sebab kalau nak Negara Islam kena langkah mayat Karpal Singh.) Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. (Tapi kita terpaksa, sebab syaitan bos kita)
Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," (bukan bekerjasama tapi menjadi kuda) katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi. (Manifesto bukan janji)
Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada UMNO, beliau hanya berkata: "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr. Mahathir." (Otak Tun Dr Mahathir bergeliga, beliau selalu cakap yang sebaliknya dan sinis, hanya orang bijak je faham)
Dr. Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr. Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan. (Syaitan dan malaikat itu hanyalah perumpaan, kan PAS sendiri cakap UMNO syaitan?)
Ketika mengulas permintaan pemimpin Pas itu, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, Haron Din berkata demikian kerana mungkin beliau tidak mahir dengan pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian. (Faham tak pepatah U ulang, I saman U?)
Abdul Hadi mendakwa UMNO tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR. (Kebajikan selama 23 tahun memberi air bersih kepada Rakyat Kelantan ye)
Katanya, konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu. (Selama ni PAS kutip derma dari orang susah)
Beliau berkata, negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi. (Susu tetek percuma siapa yang PAS nak beri pada anak baru lahir?)
Katanya, Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk 76 kawasan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja. (Nama Nik Aziz ada lagi la tu, haishhh)

sumber : adakuasa

No comments:

Post a Comment