Tuesday, April 9, 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan NURUL IZZAH TOLAK Lim Kit Siang




Anak sulung kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini menyatakan mengakui perselisihan di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) telah menjejaskan proses pengumuman calonnya walaupun manifesto mereka telah dilancarkan dua bulan lalu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui perselisihan di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) telah menjejaskan proses pengumuman calonnya walaupun manifesto mereka telah dilancarkan dua bulan lalu.

“Benar...ia adalah cabaran buat kami di mana kami sedang melakukan yang terbaik di dalam situasi sukar ini,” katanya.

Pengumuman calon Pakatan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini ujar beliau terpaksa dilakukan secara berperingkat disebabkan beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh pimpinan.

“Apa yang penting adalah faktor keboleh menangan yang perlu kami ambil kira.

“Kami juga perlu memastikan di mana akhirnya nanti, rakyat akan berupaya untuk memilih sebuah parti yang boleh mereka percayai. Sekiranya berlaku kesilapan, ia akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada kami dalam pilihan raya akan datang".katanya.

Sebelum ini parti-parti pakatan pembangkang dilaporkan bertelagah sesama sendiri mengenai kerusi yang bakal ditandingi menyaksikan Pengerusi PKR Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon.

Justeru PKR menuntut kerusi Bakri dan Kulai sebagai ganti.

Namun dalam perkembangan terbaru DAP berhasrat untuk mempertahankan kerusi Bakri dan Kulai yang diumumkan sendiri oleh Kit Siang.

Sebelum ini Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dicemuh oleh penyokong sendiri apabila diumumkan sebagai calon kerusi Indera Mahkota menggantikan penyandang Azan Ismail.

Manakala PAS Wilayah Persekutuan menyatakan kekecewaan selepas Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat Azmin Ali mengumumkan bahawa PKR akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

PAS mendakwa Azmin sewenang-wenangnya mengisytiharkan kerusi yang ditandingi PKR tanpa persetujuan daripada PAS terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment