Wednesday, April 17, 2013

Sokongan Penuh Untuk Zambry Terus Menjadi Menteri Besar


kj-gempur-lumut1xx
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan Khairy Jamaluddin adalah tokoh terbaru memberikan sokongan secara terbuka pada Dato’Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak selepas PRU ke13.
Sebelum Khairy, isu ini diulas oleh Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat membuka gelanggang dengan menyokong Dr.Zambry bertanding di kawasan DUN dan dikekalkan ke jawatan disandangnya sekarang.
Malah Zahid berkata tiga menteri kanan dari Perak ( Dato Seri Nazri Aziz dan Dato Seri Husni Ahmad Hanadzlah) termasuk beliau memberi sokongan padu kepada Dr.Zambry sebagai Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment