Wednesday, April 10, 2013

Hujan Ribut Melanda Bandaraya Ipoh


Hujan lebat disertai ribu petir melanda bandaraya Ipoh petang ini, menyebabkan bumbung 2 1beberapa buah bangunan berterbangan dan pokok-pokok tumbang menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa batang jalan.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 4:30 petang ketika orang ramai baru mula meninggalkan tempat kerja masing-masing.
Tinjauan Peraknews di beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh mendapati beberapa buah kedai  mengalami kerosakan teruk dan mungkin menyebabkan kerugian puluhah ribu ringgit.3 1
Antara kawasan yang teruk dilanda hujan ribut ialah sekitar kawasan Little India dan Jalan Yang Kalsum di samping pokok tumbang di Kampung Temiang dan Kampung Sri Kinta.
Setiausaha Bandaraya, Datuk Abdul Rahim Mat Ariff turut berada di tempat kejadian untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan kawasan terlibat akan dilakukan sepenuhnya mulai 1esok.
Seorang perkerja kedai kain, Qhadir Yassin berkata, hujan ribut menyebabkan bumbung premis melayang dan air hujan memasuki ruang stor yang menyimpankan stok kain.
"Semasa hujan saya berada di dalam kedai, tiba-tiba angin kuat dan saya lari menyelamatkan diri," katanya sambil memberitahu bekalan elektrik juga turut terputus.

No comments:

Post a Comment