Saturday, April 13, 2013

CIKGU PA : WANITA BERKENAAN ADALAH ISTERI MUDA SAYA

12 April 2013, Kuala Lumpur - Musteefa Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa dikalangan penyokong PR hari ini tampil memberikan penjelasan kepada media mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar semalam. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sebenarnya adalah isteri beliau. 

Cikgu Pa dilihat kesal dengan permainan politik kotor ini, dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang 'dalam' PR sendiri . Beliau sedar ada di kalangan orang-orang PR tidak bersependapat dengan cadangan2 yang dikeluarkan beliau. 

Cikgu Pa ditanya samada ahli keluarga beliau yang lain mengetahui beliau mempunyai seorang lagi isteri. Termenung sejenak, Cikgu Pa membalas ada perkara yang tak boleh dikongsi bersama media kerana terlalu sensitif. 

Selain itu, beliau kesal dengan portal Malaysialkini melalui pengarangnya menulis artikel analisis yang seolah-olah hanya cuba mempertahankan PKR, Cikgu Pa merasakan artikel yang ditulis oleh penolong editor Malaysialkini itu seolah-olah mencarik carik maruah dirinya sebagai seorang pemimpin parti Islam terulung negara. 

"Mereka lebih berminat untuk jaga kepentingan PKR berbanding kepentingan saya yang telah difitnah dan diperangkap " kata beliau kepada media hari ini 

Cikgu Pa juga memaklumkan kesan dari penyebaran video itu telah menyebabkan emosi isteri isteri beliau terganggu, terutama yang terakam di dalam video berkenaan. 

"Penganiayaan ini harus dihentikan dan saya harap mereka yang memfitnah dan mengaibkan saya dan isteri akan dibawa ke muka pengadilan" ujar beliau lagi. 



Sumber berita : Malaysialkini yang aku baca dalam mimpi bila terlelap kejap tadi.. 
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network


No comments:

Post a Comment