Wednesday, April 17, 2013

'Saya Bukan Ahli PAS' - Calon Manjoi




Calon muka baru, Mohamad Ziad Mohamed  yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk bertanding kerusi N23 Manjoi pada Pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau adalah ahli PAS.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan PAS Perak itu kerana ternyata ia adalah tidak benar sama sekali,’’ katanya kepada Peraknews hari ini.
Menurut Ziad, beliau tidak pernah menjadi ahli PAS kerana tetap yakin dengan perjuangan UMNO dan BN.
Mohamad Ziad diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar  kononnya  beliau adalah ahli Pas. 

No comments:

Post a Comment