TERKINI!!! ANGGOTA ATM YANG DISERANG DI #LAHADDATU DISAHKAN STABIL..
Diatas adalah gambar 1124833 Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7 yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi.
Setakat ini, beliau masih didalam keadaan stabil di Hospital Sandakan. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar dan keadaan beliau disahkan sendiri oleh DCO Sandakan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat dari serang hendap Penceroboh. Dalam kejadian tersebut, 3 pengganas ditembak mati dan 2 lagi yang cedera melarikan diri.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita patut menghargai pengorbanan serta jasa anggota keselamatan kita yang sanggup bertaruh nyawa demi menjaga keamanan dan ketenteraman ibu pertiwi.
Janganlah kita menjadi seperti pihak pembangkang yang tak tahu membezakan diantara politik dan juga kedaulatan negara demi mengejar kuasa.
Manusia-manusia seperti Tian Chua dan Nurul Izzah serta Anwar Ibrahim patut malu kepada anggota -anggota keselamatan kita ini.
Sesungguhnya, insan berani seperti Kpl Khairul ini sanggup berjuang bermatian demi negaranya, dan bukan menggadaikan maruah demi kepentingan politik peribadi.
No comments:
Post a Comment