PANASS!!! GURU MOHD LOTFI NOR, HINA PEJUANG DI LAHAT DATU
RUPANYA KAKI PONTENG!!
Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di
sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh,
Kelantan, jam 7 petang semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata,
suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali
dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas
alasan tertekan.
Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas,
boradband dan kad sim telefon, katanya.Sementara itu,Kementerian Pelajaran akan
mengambil tindakan tegas terhadap guru ini yang dikatakan menghina pasukan
keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial
Facebooknya.
dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi
dan imej warga pendidik di negara ini Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul
Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan
biadap guru itu yang menghina.
"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang
dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat
patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka," katanya dalam
satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.
Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa
memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan
keselamatan mereka. "Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan
dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan
kedaulatan negara," katanya... Nie die gambar nye......
Muka Mintak Kan ????
No comments:
Post a Comment