ANWAR IBRAHIM BERKUBUR DI PERAK ATAU DI SELANGOR!!!!
PANAS TERIK!!! TERKINI !!! ANWAR UMUM TAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH DAN AKAN BERTANDING DI PERAK ATAU SELANGOR !!!

Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding
kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. Pengumuman itu sekali gus
melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen
Permatang Pauh. Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat
membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi. "Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang
meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor. "Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke
Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini. Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya
kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail. Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum
1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah. Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen
Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon
untuk diletakkan di kawasan itu. Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal
menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu. "Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa
pasal kita nak kacau dia. "Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia
sudahlah," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment