HOT!! PENASIHAT DAP RELA DAP DIHARAMKAN?
Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk
mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa
memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan
PKR."
Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013
di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan
yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk
mengharamkan DAP.
Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan
Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan
yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang
Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.
Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan
kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas
kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.
Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen
BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun
bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu.
Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang
Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan
perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari
Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi
ahli CEC yang kononnya dipilih.
Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung
tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak
timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya
tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.
Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas
menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan
seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana
di minta memberi keterangan.
Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat
keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang
tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan
persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.
Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah
dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun
2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang
lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.
Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah
perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC
tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi
kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda
tanya.
Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda
kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong
terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik
disalahkan lantai yang terjongkang jongkit.
No comments:
Post a Comment