SERI ISKANDAR - Seorang pekerja ladang kelapa sawit di
Felcra Nasaruddin terkejut apabila menjumpai dua biji bom di ladang tempatnya
bekerja.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri
Che Sulaiman berkata, dua biji bom berkenaan adalah bom lama dan masih lagi
aktif.
Menurutnya, pekerja ladang kelapa sawit berkenaan menemui
bom berkenaan pada jam 2.30 petang kelmarin ketika melakukan kerja-kerja di
ladang sawit berkenaan.
“Pekerja ladang itu telah bertindak membawa balik dua biji
bom itu ke rumahnya kerana tidak mengetahui ia adalah bom.
“Setelah diberitahu rakan lain objek itu adalah bom, dia
bertindak membawa objek berkenaan ke dewan berhampiran,” katanya.
Katanya, setelah siasatan dilakukan mendapati objek
berkenaan adalah bom lama dan tindakan memusnahkan bom berkenaan dijalankan.
“Kita mendapati kawasan bom itu dijumpai sudah sering kali
menjadi tempat bom lama dijumpai sebelum ini.
“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya mengambil
langkah berhati-hati dengan tidak mengusik atau membawa balik jika menjumpai
sebarang objek yang agak dikhuatiri seperti bom.
“Ini kerana kita bimbang berlakunya kejadian tidak diingini
dan orang ramai dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya menjumpai objek seumpama ini,” katanya
No comments:
Post a Comment