Nuar nak masuk bertanding di Perak...kita tarak goyang punyer!!!
“Kenapa saya nak gentar…patutnya kena tanya dia (gentar)” – merupakan reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai kemungkinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak pada PRU-13.
Tegasnya istilah gentar langsung tidak ada dalam kamus seorang ahli politik sepertinya dalam menghadapi serangan pembangkang seperti Anwar yang mempunyai agenda politik untuk kepentingan sendiri iaitu mendapat kuasa menjadi Perdana Menteri.
Menurut Menteri Besar beliau langsung tidak hairan jika Anwar benar-benar memilih Perak untuk bertanding kerana itulah sikap sebenar kalangan pemimpin pembangkang yang amat dikenali dengan pemimpin ‘touch n go’.
Katanya rakyat juga perlu bertanya dan mencari jawapan mengapa Anwar memilih bertanding di kawasan lain berbanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
“Cuba tanya dia (Anwar) apa yang dah dibuat untuk rakyat di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya hari ini.
Dr Zambry diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Anwar hari ini di Kuala Lumpur yang menyatakan akan bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.
Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membolehkan sesiapa sahaja bertanding di mana-mana kawasan yang disukainya.
Namun, pendekatan sebegini bukanlah yang terbaik kerana ianya mengesahkan tanggapan bahawa pemimpin pembangkang adalah daripada kategori ‘touch n go’.
Dr Zambry turut memberi satu lagi contoh pemimpin ‘touch n go’ kalangan pembangkang iaitu ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Semalam, Nizar telah mengumumkan untuk bertanding di Changkat Jering sekaligus tidak mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.
“Jadi benarnya apa yang kita katakan sebelum ini…dia (Nizar) tak akan berani untuk mempertahankan kerusi Pasir Panjang. Pengundi marah sebab dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan di Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Ditanya sama ada Nizar ‘cabut lari’ atau ‘melarikan diri’, Dr Zambry berkata:-
“Saya tak cakap…anda (media) yang cakap begitu”
Beliau berkata keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan DUN Pasir Panjang memang sudah dijangkakan sejak lama dulu.
“Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab…anda semua buat penilaian sendiri,” katanya.
Ditanya apa perasaan pengundi dan keadaan sebenar di DUN Pasir Panjang ketika ini, Dr Zambry menjawab:-
“Itu sebab dia tinggalkan (Pasir Panjang)”.
*sumber : kinta menjerit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment