SALAM..
Kisah kali ini mengenai seorang jejaka bernama Nuar dan
seorang perempuan bernamaJijah...
Aku sarankan korang baca sampai habis sebab ada hikmah
disebaliknya....
Bermulalah kisah......
Bangga Nuar dapat jadi raja sehari.
Sudah lama Nuar menyimpan perasaan hendak memperisterikan
Jijah, seorang gadis setamannya yang bertudung dan bermata ayu.
Di intai-intai dari jauh, memang nampak keanggunan Jijah,
seorang lulusan Universiti.
Nuar pun apa kurangnya, sudah berjaya dalam perniagaannya,
kini bergelar seorang usahawan muda berjaya.
Keluarga mereka berdua sangat-sangat gembira kerana dapatlah
disatukan dua buah keluarga yang sudah kenal lama.
Akrab tak ubah seperti saudara sendiri.
Duduklah Nuar dan Jijah di atas pelamin dengan muka
malu-malu, sambil dikipas oleh pengapit kedua-dua mempelai.
Majlis tamat, khemah pun sudah diturunkan, saudara mara pun
sudah ramai yang beredar pulang.
Mungkin akibat penat, Nuar pun memohon diri untuk mandi lalu
terus masuk ke kamar tidur terlebih dahulu.
Bapa Jijah hanya tersenyum melihat telatah si Nuar, dalam
hatinya, "bagus menantu aku ni, dah la hensem, sopan santun pulak
tu."
Nuar lalu ke dapur, membisikkan sesuatu kepada isterinya.
Mak si Jijah hanya tergelak-gelak dalam hati, "sudahlah
tu Jijah, takyah lah dibasuh pinggan tu lagi. Dah lewat dah ni.. Kau ni pun,
hari ni kau takyah buat kerja rumah la."
Nuar pun masuk ke bilik diikuti Jijah.
"Abang pegi mandi dulu, lepas tu Jijah pulak," kata
Jijah sedikit menggeletar.
"Orait ! Jangan lari tau.." kata Nuar dengan nada
mengada-ngada.
Nuar masuk mandi sementara Jijah duduk memerhatikan
hantaran-hantaran yang tersusun.
Nuar selesai mandi, Jijah bangun pula masuk ke bilik air.
Nuar dapat mendengar bunyi curahan air dari bilik mandi,
membuatkan dirinya sedikit ghairah.
"Untung aku dapat isteri camni.. hihihi.." fikir
Nuar.
Lalu Nuar teringat kembali hubungan-hubungan lalu yang telah
berkecai.
Sudah beberapa kali dia bercinta tapi semua putus begitu
saja.
Ah Mei, GRO China, Shamsidar, isteri orang dan sebelum
Jijah, dia bercinta dengan seorang pekerja di pejabatnya.
Nuar masih ingat bagaimana marahnya mereka bila dia ingin
memutuskan hubungan, semata-mata kerana Nuar masih belum mahu berkahwin.
"Pedulikkan semua itu... yang penting, aku dah rasa
diorang.." fikir Nuar.
"Untung aku dapat Jijah ni... betul la cakap
member-member aku, nak kawin carik yang baik, pakai tudung."
Jijah tidak pernah disentuhi langsung oleh Nuar, kerana pada
dia Jijah calon isterinya, jadi perlu dijaga sebaik mungkin.
Berbaloi pengorbanan Nuar selama hampir setahun menunggu
balasannya malam itu, seorang gadis dara sunti.
Jijah keluar dari bilik air dengan memakai robe mandi.
Nuar terus berimaginasi memikirkan apa yang terkandung di
balik robe itu.
"Abang.." bisik Jijah manja.
"Ye, Jijah ?" tanya Nuar.
"Tak mau gopoh-gopoh ye... saya takut sakit,"
pesan Jijah sambil memakai sedikit pewangi mahal yang baru dibelikan Nuar.
Nuar makin ghairah.
Di depan matanya seorang dara sunti yang sudah pun halal
disentuhinya.
Nuar terus memeluk Jijah dari belakang.
Hangat nafas Nuar dirasai pada leher Jijah.
Pada beberapa saat itu, sentuhan nafas Nuar dirasakan sangat
panas pada leher Jijah.
Sepanas nafas teman lelaki pertamanya, Mat Sabun.
Hangat nafas Nuar tapi tidak seghairah kehangatan nafas Mat
Sabun, lelaki pertama yang menyentuhnya.
Dakapan tangan Nuar, tidak segagah pelukan Mat Sabun.
Jijah rasa sedikit kecewa, campur gementar mungkin kerana
pada dirinya, Mat Sabun sempurna, memang tercipta untuk dirinya.
Tiada lelaki lain yang mampu membuatkan dirinya lupakan Mat
Sabun mahupun suaminya sendiri.
Nuar lalu melucutkan baju t shirt yang dipakainya.
Jijah sedikit tergamam, kaget kerana didepannya ada seorang
lelaki bergelar suami yang sudah bersedia menerkam tubuhnya.
Tapi, bayangan Mat Sabun tidak mampu hilang.
Mat Sabun tidak pernah melukai hatinya.
Mat Sabun hilang kerana desakan keluarga Jijah, alasan
mereka, Mat Sabun kerja merata-rata, berceramah siang malam, semua kerja
dibuatnya, jadi ekonomi dan masa depan tidak terjamin.
Nuar mencium Jijah membuatkan air mata Jijah mula mengalir.
"Kenapa sayang?"
Mahu saja Jijah lari, kerana takut dengan igauan masa lalu.
Sedih, takut bercampur dengan perasaan bersalah.
"Takde... Jijah takut.. tak tau macam mana
rasa..," terpaksa dibohongi Nuar.
"Abang pun.. tak tau macam mana ni...," Nuar pun
turut sama berbohong.
"Mari, baring sini sebelah saya.." pinta Nuar
menarik tangan Jijah.
"Bertuah aku dapat bini macam ni punya suci !"
fikir Nuar sangat-sangat gembira.
Imbasan Mat Sabun tidak pernah hilang dari igauan Jijah
walaupun Nuar sudah duduk diatasnya.
Kerana Mat Sabun yang pertama dan yang paling istimewa pada
hatinya, dirinya sudah jadi kepunyaan Mat Sabun satu masa dahulu.
"Jijah takut, Jijah sedih..," bisik Jijah, makin
kuat aliran air mata nya.
"Takpe.. kita try-try dulu eh, kita pun baru nak
belajar camne ni," kata Nuar.
Lalu bermulalah adegan malam pertama Nuar dan Jijah.
Kalau diikutkan jumlah sebenar, itu merupakan malam ke 12
Jijah dan malam, siang, senja dan subuh yang keberapa ratus kali untuk Nuar.
Yang penting, malam itu, malam pertama antara Nuar dan
Jijah.
Morale of the story : Bukan semua lelaki yang berserban
besar bakul itu sebenarnya baik dan bukan semua perempuan yang pakai tudung itu
sebenarnya suci !!
sumber: metal rock world.blogspot
No comments:
Post a Comment