SHEILA RUSLY KASI AJAR SAMA @abby_abadi112 !!!
Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.
Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.
“Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.
“Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.
“Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi di sini.
Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.
Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara. -MPP
No comments:
Post a Comment