Tidak sampai sebulan dari tarikh upacara pecah tanah
pembinaan sebuah dewan terbuka di Taman Semarak, hari ini dewan tersebut telah
tersergam di kawasan tersebut.
Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebanyak
RM 100'000 dewan ini sudah boleh digunakan oleh penduduk di Taman Semarak untuk
melakukan pelbagai aktiviti.
Mengikut kata pengerusi persatuan penduduk, dewan yang
didirikan akan digunakan untuk para penduduk melakukan pelbagai aktiviti dan
persatuan juga boleh menjalankan aktiviti untuk masyarakat.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar
kepada pemangku Ketua UMNO Bahagian, Tuan haji Salleh bin Mat Disa dan ianya
telah diserahkan kepada pengerusi persatuan penduduk Haji Zainal Abidin
Sha'ari.
Seluruh penduduk Taman Semarak mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri yang memberi bantuan
tersebut.
Turut hadir semasa upacara pecah tanah itu ialah Presiden
Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal.
Hari ini beliau (Mua'amar Ghadafi) datang sekali lagi dengan
diiringi oleh Yang DiPertua Persatuan Kontraktor negeri Perak, Datuk Wira Jamaluddin
Abd Rahim yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian.
YDP Persatuan Kontraktor pula telah menyumbangkan sebanyak
RM 4000 lagi untuk kerja kerja pendawaian elektrik dan tambahan dinding di
bahagian belakang dewan untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengguna.
No comments:
Post a Comment