SHAH ALAM - Dakwaan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan anaknya dipergunakan untuk memfitnah Ketua Umum PKR itu tidak memeranjatkan bagi sesetengah pihak.Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, umum mengetahui Anwar sedang menghadapi beberapa masalah politik yang membelenggu pemikiran dan perjalanan hala tuju politiknya.
Katanya, kenyataan bapa Saiful boleh dilihat sebagai usaha terdesak di
peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada oleh Anwar dan
konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi
beberapa syarat menduduki kerusi perdana menteri.
"Antara lain syarat itu ialah bersih daripada salah
laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada perdana menteri yang akan
menjadi ketua eksekutif kepada sebuah negara yang 65 peratus penduduknya Islam.
Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam
semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan
negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang perdana menteri," katanya,
semalam.
Selain daripada itu katanya, Pas terus menerus
mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak menamakan Anwar sebagai perdana
menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian perdana menteri pakatan
itu.
"Bapa
Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu
masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar
yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu
bagi sesetengah pihak seperti yang disebut, memang sudah dijangka,"
katanya.
Namun begitu, katanya, keistiqamahan Saiful sendiri sebagai
pihak yang terlibat dilihat sebagai akan menyukarkan laluan yang dijangkakan
terbuka luas untuk dieksploitasi oleh
Anwar dan konco-konco beliau....
No comments:
Post a Comment