Saturday, April 6, 2013

Petikan Soal Jawab Bukti Nik Aziz Sesat 7


Soalan : Minta saudara Airborne huraikan apa yang dikatakan “Pemerintahan Islam” dalam sesebuah negara.

Jawapan :
a.   Pengertian “Pemerintahan Islam” tidak dapat dihuraikan dalam ruangan ini kerana ia sangat panjang merangkumi hukum, keselamatan, pendidikan, kebajikan dan keperluan rakyat, peluang ekonomi, kemudahan asas dan perkara-perkara lain. Jika seseorang itu tidak mengenali Islam secara dekat, maka seseorang itu tidak akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam.

b.   Bagi mengenali Islam secara dekat, seseorang itu wajib mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran seperti mampu membaca Al-Quran dengan cara yang betul mengikut hukum tajwid, dan memahami kandungan Ayat-Ayat Al-Quran. Jika tidak memahami makna kandungan Ayat-Ayat Al-Quran, maka seseorang itu adalah wajib mempelajarinya dengan cara membaca terjemahannya dalam bahasa yang boleh difahami iaitu bahasa Melayu. Seseorang itu juga hendaklah tahu bagaimana untuk mendirikan solat, cara berwuduk dan perkara-perkara lain yang menjadi fardu kepada kita.

c.   Kemudian melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir Al-Quran dan ilmu-ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan mampu mengamalkannya. Hanya dengan cara ini sahajalah seseorang itu akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam. Ilmu ini atau huraiannya tidak akan kita perolehi di mana-mana ceramah PAS walaupun ia diterangkan oleh Nik Aziz, atau Haji Hadi, atau Harun Din, atau Harun Taib atau penceramah-penceramah PAS yang lain kerana mereka semua mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan UMNO yang mempunyai kuasa pemerintahan di negara ini.

d.   Mereka itu semuanya berbohong, dan sebab itulah mereka mendakwa ingin menubuhkan negara Islam (sekarang dah tukar niat nak tubuh negara kebajikan pula) jika parti mereka iaitu PAS menang dalam PRU-13 kelak. Logik atau tidak? Sila perhatikan mereka dalam PAS itu sebenarnya sudah berpakat dengan orang-orang kafir dalam DAP untuk menumbangkan kuasa pemerintahan yang ada pada orang Islam iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Logik kah tindakan mereka itu? Tentulah tidak logik.

e.   Sepatutnya mereka dalam PAS itu bergabung tenaga dengan kepimpinan UMNO untuk menegakkan Islam di negara ini. Mereka dalam PAS hanya berkiblat satu bersama UMNO dalam solat sahaja. Selepas itu mereka mengalihkan kiblat mereka kepada kepimpinan orang-orang kafir dalam parti DAP, sebuah parti yang menentang kepada penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

sumber : budakbenteng

No comments:

Post a Comment