Sunday, April 7, 2013

BN Tambun Lancar Gerak Gempur Bersama NGO Menangi Calon



Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun mengambil langkah pertama melancarkan gerak gempur bersama ngo bagi memenangi calon-calon BN yang akan bertanding mempertahankan  kerusi Parlimen Tambun, DUN Manjoi dan Ulu Kinta pada Pilihan Raya Umum Ke 13 ini.
BN Parlimen Tambun memulakan gerak gempurnya dengan melancarkan jentera Pertubuhan Wawasan Perak  yang terdiri daripada 200 bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Presidennya, Fauzi Muda di Dewan Komuniti, Taman Hiburan, Ulu Kinta malam tadi. Hadir sama menyaksikan pelancaran itu Setiausaha Politik Menteri Kewangan 11, Datuk Aminuddin Hanafiah
Adun Manjoi, Dato’ Nadzri  Ismail semasa melancarkan program gerak gempur itu berharap Pertubuhan Wawasan Perak akan menjadi satu pasukan pilihanraya yang mantap dan kuat dalam menghadapi pembangkang pada pilihanraya umum ke 13 ini.
"Wawasan Perak akan kita berikan slot-slot untuk berceramah ditempat-tempat tertentu dalam Parlimen  Tambun ini jadi ini akan dapat membantu menjadi satu pasukan pilihanraya yang kuat dalam menghadapi pembangkang  dalam PRU 13 khususnya di Parlimen Tambun,’’katanya .
Fauzi Muda pula berkata, beliau bersama 200 orang jentera bekas-bekas ahli PKR akan turun habis-habisan menghadapi pembangkang sekaligus membantu untuk memenangi calon BN yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tambun, DUN Ulu Kinta dan Manjoi.
"Kita hendak tunjukkan kepada pembangkang bahawa kita tidak mahu mengizinkan mereka ini memperdaya pengundi-pengundi atau rakyat di Parlimen Tambun ini dengan tipu muslihat mereka,’’ katanya yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Perak.
Menurut Fauzi, Parlimen Tambun merupakan satu Parlimen yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang terbaik di dalam konteks kepimpinan BN dimana baginya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah merupakan bapa kepada pembangunan dan kemajuan di Parlimen Tambun bersama Datuk Nadzri dalam membantu kepimpinan BN untuk memastikan rakyatTambun terbela.
"Kami dari Pertubuhan Wawasan Perak akan turun bertemu pengundi-pengundi terutamanya selepas penamaan calon untuk memastikan mereka menerima maklumat daripada kami.
"Tanggungjawab saya untuk pergi kepada masyarakat menerangkan kepada mereka supaya tidak termakan celoteh-celoteh atau janji-janji pihak pembangkang sedangkan kita tahu calon-calon yang akan ditonjolkan nanti adalah calon-calon yang tiada kredibiliti,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment