Nampaknya Datuk Seri Azizan,Menteri
Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai ‘politically
incorrect’ apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya
menjelang tiba.Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The
Malaysian Insider,PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji
yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan.Malah beliau juga menyatakan
bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh
rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai ‘puak
yang gila’.Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh
gila,sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji
gila.Kata orang,menilai seorang itu adalah dari rakannya dan PAS Kedah adalah
rakan kepada PKR Selangor juga.Maka,jika PKR Selangor gila,maka tentulah gila
juga PAS Kedah kerana sanggup berkawan dengannya.
Buktinya,menurut Azizan,slogan Kedah
Sejahtera membawa maksud kerajaan yang hanya menjamin keselamatan dan
kesejahteraan tetapi bukan membiarkan rakyat bergantung kepada kerajaan.Dalam
kata lain,asalkan tidak rasuah,maka sesiapa saja boleh jadi kerajaan walaupun
tidak mampu menjana wang negeri.Hujah Azizan adalah separuh betul,iaitu rakyat
perlu mencari wang sendiri,tetapi Azizan sebagai tonggak kerajaan perlu
menyediakan peluang pekerjaan,suasana yang stabil dan berdaya untuk maju dan
membangun bagi membolehkan rakyat mencari wang itu.Takkan Azizan mengharap
rakyat membina kilang sendiri untuk bekerja sebagai kuli ??? Tentulah Azizan
yang perlu mengusahakan pelaburnya.Mungkin ramai rakyat Kedah yang tidak tahu
bahawa pembangunan kedai dan rumah di Kedah majoritinya hanyalah kesinambungan
dari projek BN.
Sejak PAS mengambil alih,satu projek
pun tidak berjalan dengan lancar.Malah,membina masjid pun tidak mampu tetapi
tidak malu menipu mengambil nama atas usaha BN.Kedah,di bawah pemerintahan PAS
benar-benar menyuruh rakyat mencari wang sendiri kerana langsung tidak mamp
menjana kewangan negeri dan sebaliknya menghabiskan,membazir serta meningkatkan
kerugian negeri akibat projek yang tergendala, tidak masuk akal serta amalan
kronisme dan nepotisme yang kronik di peringkat pemberian projek dan
pekerjaan.Kita tahu bahawa Azizan adalah anak petani dan bangga sungguh menjadi
anak petani.Itu saya puji.Tetapi,Azizan tidak harus mengharapkan rakyat bertani
sahaja untuk mencari rezeki sedangkan rakyat negeri lain berpeluang bekerja di
sektor yang lebih mencabar dan memberi pulangan yang besar.Apakah Azizan mahu
anak-anak Kedah mengambil kursus pertanian atau perniagaan tani semata-mata ???
Bagaimana dengan anak-anak yang bijakpandai dalam ilmu sains atau matematik ???
Yang bercita-cita menjadi jurutera ??? Saintis ??? dan sebagainya ??? Kita tahu
pemikiran Azizan amat cetek dan berkisar kepada golongan petani dan orang-orang
kampung sahaja.
Paling jauh pun,Azizan hanya boleh
bayangkan pekerjaan sebagai peguam.Azizan berpemikiran seperti orang dulu kala
yang masih tersekat di era pertanian sedangkan dunia telah tiba ke zaman
infrared dan nanoteknologi.Selagi Kedah berada di bawah pemerintahan pemimpin
yang mundur dan terkebelakang,selagi itulah orang-orang Kedah tidak akan ke
mana.Sedikit masa lagi,Kedah tentu akan dapat menyaingi Kelantan dari segi
kemunduran dan seterusnya masalah sosial.Jadi kali ini Azizan tidak mahu lagi
berjanji apa-apa kepada rakyat Kedah.Tiada lagi janji Negeri Islam atau Negeri
Kebajikan akan kedengaran di Kedah menjelang PRU-13.Tiada lagi janji sejahtera
atau peningkatan negeri yang meningkat atau peluang pekerjaan yang banyak atau
apa saja.Azizan yakin akan memenangi PRU tanpa menabur janji seperti pegangan
partinya.Justeru rakyat Kedah wajar memikirkan,jika telah berjanji pun tidak
boleh ditunai,apatah lagi tidak berjanji apa-apa.Tentulah lega Azizan nanti
kerana tidak perlu berbuat apa-apa dan rakyat tidak boleh mengungkit kerana
beliau tidak pernah berjanji.Maka,bersenang lenanglah beliau di singgahsana
sementara rakyat terkejar-kejar berhempas pulas mencari duit sendiri.Pendirian
Azizan ini juga membangkitkan persoalan mengenai tidak konsisten dengan prinsip
PR yang menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat.Jika PR telah berjanji di
peringkat pusat,maka Azizan tidak boleh tidak,wajib turut bertanggungjawab
memastikan janji-janji tersebut terlaksana di peringkat negeri.Sekiranya Azizan
tidak mahu terlibat dengan janji-janji PR, maka beliau wajar membuat parti
sendiri dan bertanding atas tiket Bebas sahaja.Selama ini pun Azizan banyak
mengambil sikap bertentangan dengan PAS Pusat.betul tak pembaca Badut Rakyat
???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment