Monday, April 8, 2013

BREAKING NEWS - Video Rakaman Sulit Nik Nazmi PKR Pula Tersebar


Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ. 

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.

Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

TheRakyatMarhaen 




GOMO: Hebat dan sesungguhnya hebat apa yang kita dapat saksikan sepertimana didalam video diatas. Itulah kepimpinan Pakatan Rakyat yang kononya memperjuangkan hak rakyat sebaliknya dalam mesyuarat itu juga seorang penduduk yang juga rakyat Kelana Jaya tidak dijemput untuk berada bagi membincangkan masaalah rakyat itu sendiri.

Ini satu bukti jelas kepada seluruh rakyat Selangor bahawa pemerintahan ZALIM REJIM PAKATAN SELANGOR adalah untuk mendapat hasil lumayan bagi diri mereka sendiri dan bukan nya untuk memperjuangkan rakyat Selangor .

Mungkin Nik Nazmi PKR cuba menafikan video ini sebagai BESI ataupun beliau akan kata video ini hasil editing dan sebagainya tetapi Gomo yakin dan pasti rakyat sudah bijak dan pandai untuk menilainya.

Psssttt.... Moga Barisan Nasional kembali mentadbir Selangor bagi menyelamatkan rakyat terus dizalimi rejim Pakatan Selangor

No comments:

Post a Comment