Empat lagi kawasan panas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dikenal pasti di Perak iaitu Tanjung Malim, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, empat lagi sudah diumumkan sebelum ini iaitu Ipoh Barat, Sungai Siput, Taiping dan Batu Gajah.
Katanya, polis juga sudah menyenaraikan 17 pusat pengundi di lapan parlimen yang dijadikan pusat pemindahan banjir.
"Ia sebagai persediaan memudahkan proses pengundian jika berlaku banjir di kawasan berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment