Monday, April 15, 2013

undilah parti ada spender

Apa yang berlaku dalam persediaan PRU 13, PKR Terengganu mula mahukan kerusi lebih. Perkara ini menyebabkan kemarahan PAS Negeri tersebut. Antara pemimpin yang menjadi batu penghalang kepada PKR untuk bertanding lebih banyak kerusi adalah Datuk M. Tidak dinafikan pemimpin PKR Terengganu merupakan orang-orang kuat dalam parti tersebut seperti Azan Ismail (Bekas MP Indera Mahkota), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik) dan Fariz Musa (Timbalan AMK). Untuk menghalang pemimpin-pemimpin PKR ini, Datuk M telah menggunakan Presiden partinya untuk memberi amaran secara terbuka kepada PKR supaya jangan curi kerusi PAS.
Kerana PAS Terengganu terlalu degil dan tidak mahu menyerahkan kerusi kepada PKR, maka beberapa pemimpin tersebut terpaksa bertanding di luar Terengganu. Fariz Musa 

diarahkan untuk bertanding menentang DS Najib di Pekan dan Rafizi pula terpaksa ke Parlimen Pandan. Nasib Azan Ismail sebagai Ketua PKR Negeri masih terumbang ambing.

Oleh kerana terlalu terdesak kerana penamaan calon tinggal beberapa hari lagi, PKR terpaksa mengambil langkah drastik untuk menghapuskan Datuk M. Maka video yang sudah lama berada di tangan mereka mula disebarkan bagi menjatuhkan Datuk M.


Ringkasan Kes.
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan: 
1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' M
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' M. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.


No comments:

Post a Comment