Saturday, April 20, 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON DI PANGKOR & LUMUT



                            

Menteri Besar yang juga penyandang kerusi DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhadapan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain berhadapan calon PKR, Saifullah Mohd Zulkifli, Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut bakal ditentang calon Bebas, P Bernard untuk mempertahankan kerusi Pangkor yang dimenanginya dua penggal berturut-turut sebelum ini.

Pertandingan tiga penjuru juga membabitkan kerusi DUN Pasir Panjang apabila calon BN, Rashidi Ibrahim bakal ditentang calon PAS, Rohawati Abidin dan calon Bebas, kontraktor tempatan, S Vijayan, 42.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Lumut, Datuk Zamri Man kira-kira 11.45 pagi selepas tempoh penamaan tamat jam 10 pagi tadi.

Bagi DUN Sitiawan, calon BN, Ting Tai Fook bakal berdepan saingan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham manakala Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha MCA, Datuk Seri Kong Cho menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid untuk kerusi Parlimen Lumut.
SETERUSNYA KLIK DISINI..

No comments:

Post a Comment