Tuesday, April 9, 2013

PAS Kedah Beri Cek Tendang? [video]

Tindakan kerajaan PAS Kedah menyerahkan cek bernilai RM229,000 yang telah tamat tempoh untuk tujuan memberi peruntukan kepada 58 sekolah Tamil sebagai menghina kaum itu.



Ketua Pemuda MIC, T Mohan berkata, kerajaan negeri seolah-olah cuba untuk menipu rakyat melalui tindakan yang kononnya tidak disengajakan.

Cek tersebut yang tamat tempoh pada 31 Mac 2013 diserahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2 April baru-baru ini.

“Memalukan dan menghina masyarakat India lagi kalau betul-betul nak buat (bagi) buatlah betul-betul, bagilah sebelum check itu tamat tarikh, bagi yang sudah tidak boleh guna, apa ini.

“Seolah-olahnya mereka nak tipu masyarakat India katakan nak bagi pun tapi check tidak boleh guna,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment