Oleh Ab Jalil Backer
sumber
Tidak sampai 24
jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi
yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa
dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik
perbualan utama rakyat Malaysia.
Seperti yang
dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal
17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling
utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN
akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema “Menepati
Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:
1. Menangani Kos Sara Hidup2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar3. Menyediakan Rumah Mampu Milik4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam10. Memperkasa Penyertaan Wanita11. Memenuhi Aspirasi Belia12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:14. Memerangi Gejala Rasuah15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus16. Gerakan Kesederhanaan Global17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com)
telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh
BN meniru manifesto mereka. Memang terdapat topik-topik yang
diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN.
Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada
orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal
yang diperkatakan oleh orang ramai.
Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalamharakahdaily:
Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto RakyatCukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BNMenyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Fakta:
Kerajaan telah
mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang
antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam
mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan
negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited
untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara
berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)
Ini bermakna
kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara
berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009
yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah
Pakatan Rakyat.
Dakwaan 2
Dasar PerumahanManifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:
Kerajaan telah
mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi
melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada
2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek
perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah
pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’
Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA
bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara
perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di
kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai
pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga
RM7,500.00.
Apa yang
terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program
kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?
Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?
Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto RakyatMemulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BNMelaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995,
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak
ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang
bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam,
Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China.
Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan
terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel
keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa
ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam
keromo sahaja.
Dakwaan 4
Lebuhraya Sabah dan SarawakManifesto RakyatMemulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA:
Lebuh Raya Pan
Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan.
Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada
Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor
memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik
taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang
diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)
Dakwaan 5
Royalti PetroleumManifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Fakta
Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily:
Namun jika
Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia
tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa
sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan
gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang
boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri
tersebut.
Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.
Dakwaan 6
Permit TeksiManifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada sebarang
peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk
meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit
teksi syarikat.
Malahan dalam
sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang
untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam
usaha membaiki sistem penyewaan teksi.
Hasilnya pada
Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi
individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian
Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun
lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang
baru dilancarkan tahun ini?
Sekarang siapa tiru siapa?
Dakwaan 7
“Pengkalan” dataManifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.Manifesto BNMemperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya,
manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada,
sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan
pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi
rakyat.
Sebenarnya apa
yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data
E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik
(lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?
Dakwaan 8
Tanah wakafManifesto rakyatMenambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BNMenjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan telah
memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober
tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat
oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan
lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?
Dakwaan 9
Pakej penggajian baruManifesto rakyatPakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BNMemperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
Fakta
Barisan Nasional
telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu.
Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa
ke semasa di bawah Barisan Nasional.
Kesimpulan
Hanya kerana
Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak
boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya,
Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu
risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil
kira oleh BN.
Namun yang perlu
Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka
yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai
orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka
tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan
raya yang lalu tidak ditunaikan.
No comments:
Post a Comment