Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akui pertembungan parti PKR dan
Pas di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh disebabkan oleh salah faham di antara kedua-dua parti.
Namun, Anwar tetap dengan pendirian mempertahankan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon walaupun mendapat tentangan daripada Pas.
"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, di Nibong Tebal.
Dun Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara
calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard
dan Mohd Yusni Mat Piah dari Pas.
Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan Dun berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.
No comments:
Post a Comment