Wednesday, April 3, 2013

HOT NEWS !!! TRELER PAS DI TAHAN OLEH JPJ PUN PENCACAI PAS KATA SALAH UMNO ??? APA CERITA NI ???


Sekarang ini,di merata-rata media Internet,para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka.Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13.Mereka juga membuat cerita kononnya,rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan,menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.Dalam kejadian pagi tadi,lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.

Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS.Malah paling menarik apabila mereka mendakwa,sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas.Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut,sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.Sebenarnya,kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia.Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Disebabkan itulah,kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan

Bagaimanapun,para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).Jika disabitkan kesalahan,pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ.Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD.Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.


UNTUK SELANJUTNYA

SIKIT-SIKIT SALAH UMNO !!!

HABIS TU KALAU RUMAH ANDA MASUK PENCURI ANDA NAK LAPOR KAT SIAPA WAHAI PUAK PAS ???

LAPORKAN PERKARA ITU KEPADA TAUKE KEDAI RUNCIT KER ???

RENUNG-RENUNGKAN






No comments:

Post a Comment