BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah
mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk
kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di
kampung berkenaan minggu lalu.
Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan
parah di beberapa bahagian badannya.
Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap
liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat
perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.
Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan
dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di
sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.
“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal.
Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil.
Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada
mangsa.
“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat
kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya
kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.
Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan
perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh
penduduk kampung.
Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah
menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat
liputan seluruh media massa.
Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang
wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi
masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.
Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit
musnah selepas dikesan suaminya.
Apa kata Nik Aziz bila sekali lagi pemimpin Pas dikaitkan
dengan kes rogol?
"TOK APO....AMBO SEMBAYANG ISHTIQARAH DOH... TUHE AMPUN
DOH DOSO DIO"
boo laa weiii..
No comments:
Post a Comment