Kehadiran
Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru
khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat
Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan
datang.Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang,pakatan pembangkang
dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.Malah di dalam
ceramahnya di Pulai Johor itu,Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor
menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang
yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.
“Kit Siang mahu datang (bertanding) di
sini.Saya minta rakyat negeri Johor,semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan
negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya.Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di
Johor.Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara
Minda baru-baru ini.
Menurut
sumber,keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah
telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di
Johor.Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP
dan PKR.Malah Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras
mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.Malah kegagalan PKR
yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong
permintaannya Jui Meng itu,telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu
merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.Selain Jui Meng,Pengerusi DAP
Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang
untuk bertanding di Johor.Ini kerana selain Kit Siang,Penasihat DAP itu turut
membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor. Ia
sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas
pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam
misinya untuk menawan Johor.
Walaupun
dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi
momentum baru terhadap gerakan pembangkang,namun dari satu segi lain telah
menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.Sekiranya sebelum ini,perpecahan hanya
berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng,namun kehadiran Kit Siang yang pada
mulanya untuk menjadi orang tengah,semakin memburukkan keadaan.Kini telah wujud
satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang
dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng dan seperti biasa,kelompok Pas hanya
mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak
kepada mana-mana kumpulan.Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai
jentera paling kuat,sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada
kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari
satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani
mati.Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah
tamatkan saja kerjaya politiknya itu.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment