Saturday, April 6, 2013

HOT!!! ANWAR AKHIRNYA BERSUMPAH DI HADAPAN PENYOKONG!!


Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengkritik hebat musuh ketatnya, Mahathir Mohamad kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.

Anwar turut mengejutkan hadirin dengan bersumpah untuk menurunkan harga minyak sekiranya dia dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

“Pertama, dalam masa 24 jam, saya bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.

“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.

“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.

Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.


sumber :kamuntingcentral

No comments:

Post a Comment