Friday, April 5, 2013

~ APRIL NOT FOOL!!! ~



APRIL FOOL BUKAN JENAKA


April Fool merupakan budaya orang kafir dan bukanlah satu budaya yang sihat serta tidak patut diikuti oleh Umat Islam di seluruh dunia. Kenapa kita dilarang untuk menyambut April Fool?. Berikut adalah Jawapannya.

1) Sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadis bahawa menipu itu suatu larangan.

2) Walaupun sekejap,tetapi penipuan tersebut boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjang.

3) Boleh juga ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan.

4) Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda:“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Memang jelas budaya April Fool Barat ditegah dalam Islam.

"Dont be fooled by the April Fool..and its history"

Kita memang digalakkan untuk mengambil pengajaran daripada sejarah akan tetapi sejauh mana kebenaran tentang kisah umat Islam ditipu pada 1 April dan sebagainya. Adakah ianya benar-benar terjadi dan terbukti sahih? atau cerita yang direka untuk umat Islam supaya meninggalkan budaya April Fool. Seperti mana juga banyak hadith yang juga direka-reka untuk mengembalikan semangat 'roh' Islam.
Akan tetapi aku tak menolak kisah sejarah tersebut tetapi aku mengambil sikap tidak terlalu taksub atau mempercayai kisah tersebut. Maka dengan itu tidak perlulah dibangkitkan kisah sejarah yang masih samar-samar tentang kebenaran kisah sejarah itu. Tolak sahaja April Fool ke tepi kerana ia memang bertentangan dengan akhlak umat Islam. Jangan percaya sahaja, cubalah untuk memahami. :)

No comments:

Post a Comment