Tuesday, April 2, 2013

STATEMENT BIADAP PEMUDA PAS - HADI AWANG SOKONG ISU VIDEO SEKS NABI..?






Bekas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mengecam sekeras-kerasnya perbuatan Penolong Setiausaha 1 Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som yang menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan isu semasa yang dikaitkan dengan politik negara.

Beliau menempelak Khairul sebagai muslim yang tidak takut kepada Allah atas keberaniannya mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Beliau dengan tegas menyifatkan kelantangan Khairul itu sebagai perbuatan yang keji.

"Perbuatan yang tidak ada tandingannya, kejinya perbuatan itu tidak ada tandingan. Bercakap macam tidak takut ke Allah Taala?

"Ini perkataan yang tidak wajar dilakukan dikeluarkan oleh seorang Muslim," katanya.




Pada 27 Mac lalu, Khairul dilaporkan sebagai berkata Umno turut akan melibatkan Nabi Muhammad SAW dalam aksi video seks jika parti itu wujud pada zaman itu.

Menyifatkan Umno sebagai 'jahanam', Khairul turut mendakwa kononnya mempunyai alasannya tersendiri selepas mengakui mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sehubungan itu, Nakhaie menggambarkan tindakan Pemuda PAS itu sebagai sikap parti itu selama ini yang seringkali mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas terhadap Umno- Barisan Nasional (BN).

"Ini urutan daripada sikap PAS mentafsirkan Umno dan menggambarkan Umno begitu jahat sekali serta menuduh bahawa video-video seks Anwar dirancang oleh Umno.

"Ini satu perbuatan yang amat dahsyat bukan main-main dan ini apabila dipermainkan begitu rupa dalam politik saya rasa bahawa ini satu perbuatan yang tidak boleh diterima," kata beliau lagi.




Nakhaie dalam pada itu yakin kepimpinan peringkat pusat parti itu tidak akan mengambil tindakan terhadap kelantangan Khairul, ekoran amalan politik tidak mengenal sempadan agama yang sering ditunjukkan PAS.

Justeru beliau menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan Khairul. 

Sebelum ini, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata tindakan Khairul itu boleh dikategorikan sebagai fasik dan menyarankannya agar bertaubat nasuha setelah menghina Nabi menggunakan ayat yang keterlaluan.

Manakala Ahli Majlis Agama Islam Selangor Majlis Agama Islam (Mais) Datuk Aidit Ghazali ketika dihubungi Antarapos berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap Khairul jika terbukti bersalah.

Beliau menyifatkan tindakan kadar segera harus diambil bagi menjamin kesucian agama Islam.

No comments:

Post a Comment