Tuesday, May 28, 2013

Anwar Buat Report Polis


Habis 1Malaysia Anwar Ibrahim jelajah, burukan kerajaan, burukkan SPR. Ceritakan pembohongan dan ketelusan SPR. 

Macam macam cerita di dengar dalam siri jelajah Anwar sebaik sahaja tamat pilihanraya pada 5 Mei lepas. Antara cerita yang anwar bawa ialah berlakunya blackout semasa proses mengira undi, ianya menjadi tajuk kepada perhimpunan rasaksa yang dianjurkan oleh anwar iaitu Blackout 505. 

Tetapi semalam Anwar dengan ditemanai Isteri yang tercinta sebagai Presiden Parti Keadilan untuk Anwar telah hadir ke balai polis sama-sama membuat laporan berkaitan yang dikatakan penipuan oleh SPR. Banyak banyak cerita yang di mainkan oleh Anwar hanya 1 sahaja report iaitu Dakwat kekal jer, itu pun dah bermingu-mingu dah baru nak buat report.

Kesihan kat pengikut-pengikutnya yang selama ini mereka cerita ada pengundi hantu, mat bangla mengundi untuk BN, Beg Undi Pos jatuh dari helikopter. Heheheh... Akhirnya nah! Anwar hanya buat report pasal dakwat jer. 

Sedarlah rakyat! Anwar hanya membuli rakyat untuk dia berkuasa. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

HOT NEWS !!! KONGRES PKR !!! PEMUDA PAS MEMBANTAI KETUA AMK PKR KAW-KAW !!! ADAKAH INI SEMUA LAKONAN SEMATA-MATA ???


“Jangan berlagak hero depan perwakilan PKR dengan mencela presiden kami!,” demikian kenyataan keras daripada Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin terhadap Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin.Khairil Nizam memberi amaran keras itu lapor Sinar Harian berpunca daripada kenyataan Shamsul dalam dalam Kongres PKR kelmarin yang secara lantang telah mengkritik pimpinan Pas terutama presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tindakan mengeluarkan watikah bertanding kepada calon parti itu yang terbabit isu pertindihan kerusi dengan calon PKR pada pilihan raya lalu.Selain itu,Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil turut‘menegur’ Abdul Hadi yang kononnya telah mencerca calon parti sekutu Pas (termasuk PKR) ketika pilihan raya itu.

tahaluf siyasi 

Khairil Nizam berkata,Shamsul tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau sendiri tidak faham makna tahaluf siyasi.“Jangan jadikan tahaluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Abdul Hadi sebagai modal untuk berlagak hero di depan perwakilan AMK.Jangan cela Tuan Guru Presiden kami seolah-olah beliau (Abdul Hadi) bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik,”tegasnya.Pemimpin muda Pas itu berkata, Shamsul bercakap seolah-olah tahaluf siyasi itu datangnya daripada PKR dan beliau pula mahu mengajar Pas mengenainya sehingga boleh menegur Presiden Pas. “Jika Shamsul benar-benar ‘faqih’ (faham) mengenai tahaluf siyasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin Pas,saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa Pas sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi.“Saya teringin sangat nak tengok,” katanya. 

Mengikut Islam, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian oleh dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan. Dalam ucapan dasarnya itu,Shamsul secara lantang menegur pimpinan Pas terutama Abdul Hadi yang dianggap jadi punca PR kalah di kerusi yang terlibat dengan isu pertindihan calon. Secara keseluruhan, PR kalah di semua tujuh kerusi berkenaan iaitu tiga kerusi di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), satu di Selangor (Kota Damansara),satu di Pulau Pinang (Sungai Acheh),satu di Johor (Panti),serta satu kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan (Labuan).Dalam kenyataannya kemudian,Shamsul menggesa Pas mengambil tindakan tegas termasuk memecat ahlinya yang melanggar arahan pimpinan parti dengan bertanding menentang calon PKR.Bagi Khairil Nizam, Shamsul tidak wajar mengajar Pas apa lagi menegur presidennya kerana beliau sendiri pun tidak faham makna tahaluf siyasi dan syarat-syaratnya. 

“Saya jemput Shamsul untuk duduk bersama pada bila-bila masa dan di mana-mana saja untuk kita kaji apa dia tahaluf siyasi dan nilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU13 dalam konteks tahaluf siyasi,” katanya.Menurutnya,jika melakukan kesilapan,beliau sendiri sedia untuk berdepan dengan media dan mengakui kesilapan itu. “Soalnya,apakah beliau (Shamsul Iskandar) juga sanggup berbuat demikian? Atau pun dia cuma baling batu,lepas itu terus lari?” katanya. 

Rekod 2008 

Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak,Syarhan Humaizi Abdul Halim dilaporkan FMTberkata rekod peribadi wakil-wakil rakyat PKR pada Pilihanraya Umum ke-12 membuktikan kenyataan Abdul Hadi adalah benar.“Sebagai ingatan,mungkin AMK lupa,sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.“Bukan itu sahaja,malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru,Parlimen Nibong Tebal,Parlimen Wangsa Maju,Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat,malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya. 

Syarhan berkata,Inilah perkara yang ditegaskan oleh Abdul Hadi kepada semua rakan Pakatan Rakyat sepanjang perundingan kerusi pilihan raya umum.Namun,katanya PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi.“Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit. “Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu,kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempoh hari,” tambah beliau. 

Main kayu tiga 

Syarhan mendakwa, tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu Pakatan Rakyat dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang juga calon PSM di Semenyih. Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat,katanya.Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga mengingatkan,AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka. Katanya, ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku. Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihan raya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihan raya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.“Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat,yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar,” katanya lagi.PAS,menurut Syarhan, berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri. Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media. 

Pemuda PAS sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri, kata beliau. Menurutnya,Pemuda PAS boleh menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yang mungkin tidak bersetuju. Jadi elok kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai Pemuda Pakatan Rakyat yang ada akhlak dan adabnya, kata Syarhan. 

Restu Anwar 

Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9, di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam mengkritik Presiden Pas yang dilabelnya telah mencerca calon-calon PKR tanpa sebarang bukti.“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti. “Mewakili saf kepimpinan AMK,rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?” 

“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui platform yang sedia wujud. Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa. “Kita harus mendalami dengan jujur tahaluf siasi yang kita jalankan dan tidak hanya mengungkapkannya apabila memberi manfaat kepada kita. Perlu ada tolak ansur dan buangkan jauh-jauh sikap tamak dan mementingkan diri,” kata Ketua AMK.Kata-kata Shamsul di atas dianggap janggal kerana hierakinya sebagai Ketua AMK tidak wajar mengkritik Presiden parti lain,jika benar itu adalah suara akar umbi PKR,sepatutnya kenyataan itu disuarakan oleh Presiden atau Timbalan Presiden PKR atau Ketua Umum PKR.Tidak dapat dipastikan kenyataan Shamsul itu telah mendapat lampu hijau daripada Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim,namun majlis penutup Kongres Nasional Wanita PKR hari ini, tiada kenyataan balas Presiden,Timbalan Presiden dan Ketua Umum PKR terhadap kecaman Ketua AMK itu.Dalam bahasa politik,kenyataan Shamsul selaku Ketua AMK adalah direstui oleh pucuk pimpinan PKR.

Sunday, May 5, 2013

KERAJAAN MASIH HAK MILIK BARISAN NASIONAL..LAINKALILAH!!

                           

KERAJAAN MASIH MILIK BARISAN NASIONAL...LAINKALILAH PEMBANGKANG...TERBUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL ADALAH YANG TERBAIK DI KALANGAN SEMUA..ALHAMDULILAH...JANJI2 AKAN DITUNAIKAN..TUNGGU SAHAJA APA YANG AKAN DIBERI BN KEPADA KITA..JANJI DITEPATI BUKAN DICAPATIKAN..SELANJUTNYA KLIK DISINI

Wakil Calon DAP Mengaku Tidak Bersalah Kunci Peti Undi

                                          spr


Seorang wakil kepada calon DAP bagi kerusi parlimen Serdang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, Jumaat atas pertuduhan mengunci dua peti undi selepas proses pengundian awal Selasa lepas.
Susan Lee Pek Sim, 54, didakwa tanpa kuasa yang sepatutnya telah mengunci dua peti undi itu dengan mangga SETERUSNYA BACA DISINI

KEKECOHAN YANG DICIPTA OLEH PEMBANGKANG MALAM TADI!!


Lihat lah sendiri apa yang sedang berlaku di depan yik fong ipoh pada malam tadi!!nie ke contoh anak-anak buah roket(DAP)...Suke sgt buat kekecohan lah pembangkang nie buat semak dkt jalan je.Macam mana lah kalau pembangkang yang pegang aku rasa confirm hancur negara kita ni. .Lihat BN diorang jaga dengan aman je tak ada masalah pun dalam negara nie.Pelik lah aku buat apa lar nak sokong diorang nie apa yang pembangkang dah buat pada negara yang diorang g sokong pembangkang nie,TAK KAN LAH TAK NAMPAK LAGI!!!! 

LIHAT LAH GAMBAR2 DIBAWAH NIE PENYOKONG2 PEMBANGKANG BUAT KECOH